Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang banyak membantu dan memberi dorongan serta galakkan dalam menjayakan Danliza Enterprise. Disamping itu juga terima kasih kepada adik-beradik yang banyak memberi sokongan moral serta sumbangan idea. Permintaan yang semakin meningkat menggalakkan bagi penghasilan BLOG ini. Akhir kata diharap blog ini dapat memberi info kepada masyarakat sejagat mengenai khasiat kacang soya, protein tempe, menu makanan yang berkhasiat serta pelbagai lagi....

Danliza Enterprise menawarkan produk yang berasaskan kacang soya. Kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan bagi tempe mentah, kerepek tempe, sambal tempe kering, cucur tempe, nugget tempe, chip n choc tempe, tempe blackpepper dan air soya bagi majlis-majlis keramaian, perkahwinan serta hari perayaan. Bagi pelanggan yang berada di sekitar Teluk Intan produk kami boleh didapati di Pasar Besar Teluk Intan, Pasar Pekan Baru, Pasar Mini Bintang (Taman Ros) serta di premis kami. Kepada pelanggan diluar kawasan Teluk Intan, tempahan turut diterima dan penghantaran adalah melalui pos laju.

Sebarang tempahan hendaklah dilakukan 5 hari sebelum penghantaran. Sebarang pertanyaan serta penambahan idea yang berasaskan tempe sila layarkan kepada kami melalui blog ini atau hubungi di talian 013 - 5011050 (iza).

Search This Blog

Tuesday, February 23, 2010

Khasiat tempe tanpa kita sedari....

WARGA desa terutama pembuat tempe sebenarnya tidak menyedari bahawa tanpa segulung ijazah mereka adalah ahli mikrobiologi. Tempe adalah salah satu produk yang membuktikan kemahiran penduduk kampung dalam bidang ini.

Kita mungkin pernah melihat datuk membeli kacang soya dalam kuantiti besar untuk dibuat tempe. Nenek akan merebus, menjemur dan melenyek kacang soya sebelum digaul bersama ragi.

Campuran berkenaan akan dibungkus dengan daun pisang atau rambai dan diperam semalaman. Hasilnya akan dibawa ke pasar sebagai punca pendapatan keluarga.

Tempe adalah makanan yang dibawa dari Indonesia dan mempunyai khasiat tinggi. Ini diakui USDA Nutrient Database for Standard Reference yang menyenaraikan beberapa nutrien utama tempe. Kandungan protein dan mineral tinggi dalam tempe membantu pertumbuhan dan memperbaiki sel badan yang rosak.

Tanpa disedari kebanyakan khasiat keperluan badan dapat dibekalkan oleh makanan tradisional ini, malah kandungan karbohidratnya juga berfungsi sebagai sumber tenaga.

Malah, tempe juga mempunyai zat dan kebaikan kacang soya walaupun sudah penapaian melalui proses yang membabitkan aktiviti kulat dipanggil Rhizopus oligoporus.

Menurut penyelidik Dominic N Afiteatro, kulat ini akan mengambil nutrien daripada kacang soya sebagai makanan dan mencipta asid untuk melengkapkan proses penapaian. Keseluruhan kacang soya akan disaluti jaringan lembut berwarna putih dipanggil mycelium iaitu pertumbuhan kulat Rhizopus ini.

Mungkin ramai penggemar tempe tidak tahu selama ini makanan kegemaran mereka adalah kacang soya bersalut kulat yang digoreng garing; enak dan berkhasiat.

Bahan antioksida

Dominic menambah, tempe dipercayai mengandungi Vitamin B12 dan bahan antioksida semula jadi yang amat diperlukan badan. Artikel yang diterbitkan Hopkins Technology menyatakan Vitamin B12 adalah larut air dan amat penting untuk pembentukan sel darah merah selain merangsang fungsi sistem saraf serta melancarkan ######bolisme lemak dan protein badan.

Bahan antioksida juga perlu terutama bagi mereka yang sering memerah otak seperti pelajar. Menurut Pensyarah Bioteknologi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mazatulikma Mat Zain, otak memerlukan oksigen untuk memproses maklumat. Ada masanya otak menjadi tepu, walaupun dibaca berkali-kali tidak ada sebarang maklumat diperolehi.

Antioksida berfungsi meneutralkan cas negatif dalam badan dan membenarkan oksigen disalurkan ke otak untuk pemprosesan maklumat.

Ragi pula adalah bahan terpenting dalam proses pembuatan tempe. Penyelidikan Saono S dari Bangkok pada 1977 mendapati ragi dibuat daripada hasil mampatan beras hancur atau tepung beras yang dibungkus dalam daun dan disimpan pada suhu bilik (20 hingga 30 darjah Celsius) beberapa hari.

Ketika proses penapaian, mikro organisma ini (kulat) menggunakan gula daripada beras hancur sebelum membebaskan asid. Antara kulat yang terbabit dalam proses ini adalah Rhizopus, Amylomycetes dan Aspergillus. Ragi yang dikeringkan boleh disimpan untuk jangka waktu panjang.

Bagaimanapun, tempe mempunyai tarikh luput dan jangka hayat yang pendek. Menurut pakar diet dari Minnesota, Susan M Kundrat, tempe sesuai disimpan dalam peti sejuk sehingga 10 hari bagi menjamin teksturnya yang mudah rosak.

Katanya, tempe sejuk beku pula mampu bertahan sehingga beberapa bulan. Tambahan pula pembabitan kulat dalam proses pembuatannya menyebabkan potensi tempe menjadi cepat busuk bertambah tinggi.

Faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan memainkan peranan penting bagi memastikan tempe dapat bertahan lama. Seperti keju, kulat pada permukaan tempe tidak membahayakan kesihatan.

Tempe terdiri daripada kalori (204), protein (17 gram), lemak (lapan gram), karbohidrat (15 gram), kalsium (mega_shok.gif miligram), zat besi (dua miligram) dan zink (0.5 miligram).

Secara tidak langsung, pembabitan masyarakat desa dalam penghasilan tempe turut mendapat pengiktirafan dunia. Pelbagai kajian bagi membuktikan khasiatnya dijalankan bukan saja pengkaji tempatan malah saintis seluruh dunia.

Siapa sangka, produk yang dianggap lapuk dan kekampungan oleh segelintir masyarakat kita sebenarnya mendapat perhatian sebagai bahan kajian saintifik. Justeru, berbanggalah dengan barangan keluaran tempatan yang ternyata tinggi khasiatnya.

Friday, February 19, 2010

Resipi Sushi Cili Padi

BAHAN:

## 25 gram salmon yang dihiris panjang

## 20 gram tuna yang dihiris halus

## 20 gram avokado dihiris nipis

## 1 keping rumpai laut

## 30 gram nasi (beras sushi) yang dimasak dan disejukkan

## 5 gram telur ikan (tobiko)

## Sedikit cuka beras

## Sedikit garam dan gula



CARA-CARA :

1. Kukus nasi sushi dan campurkan sedikit cuka beras yang dipanaskan di atas api
kecil bersama sedikit garam dan gula.

2. Tutup nasi dan sejukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah.

3. Letakkan sekeping kertas rumpai laut di atas papan pemotong dan ambil nasi tadi,
ratakan di atasnya. Tekan lapisan nasi ke atas kertas tadi perlahan-lahan.

4. Ambil hamparan sushi (sushi mat), letakkan di atas nasi tadi. Terbalikkan
hamparan itu berhati-hati supaya rumpai laut berada di lapisan atas.

5. Letakkan tiga hirisan avokado sebaris dan tiga hirisan salmon sebaris lagi di
hujung kertas rumpai laut tadi jauh dari anda. Ia akan menjadikan dua barisan
melintang.

6. Mulakan menggulung nasi tadi dari bahagian tiada ikan salmon dan avokado ke atah
atas. Gunakan hamparan untuk menggulung. Tekan untuk mendapat gulungan padat.

7. Letakkan ikan tuna di atas gulungan tadi, balut dengan plastik pembalut makanan.

KEREPEK TEMPE



HARGA : RM 2/pek

CUCUR TEMPE



HARGA :RM 1/pek

SAMBAL TEMPE KERING



HARGA : RM 2/pek
(harga boleh dirunding sekiranya pembelian banyak)

TEMPE HAJI



HARGA : RM 1/pek

Resipi Sushi Cili Padi

BAHAN:

25 gram salmon yang dihiris panjang

20 gram tuna yang dihiris halus

20 gram avokado dihiris nipis

1 keping rumpai laut

30 gram nasi (beras sushi) yang dimasak dan disejukkan

5 gram telur ikan (tobiko)

Sedikit cuka beras

Sedikit garam dan gula



CARA MEMBUAT:

1. Kukus nasi sushi dan campurkan sedikit cuka beras yang dipanaskan di atas api kecil bersama sedikit garam dan gula.

2. Tutup nasi dan sejukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah.

3. Letakkan sekeping kertas rumpai laut di atas papan pemotong dan ambil nasi tadi, ratakan di atasnya. Tekan lapisan nasi ke atas kertas tadi perlahan-lahan.

4. Ambil hamparan sushi (sushi mat), letakkan di atas nasi tadi. Terbalikkan hamparan itu berhati-hati supaya rumpai laut berada di lapisan atas.

5. Letakkan tiga hirisan avokado sebaris dan tiga hirisan salmon sebaris lagi di hujung kertas rumpai laut tadi jauh dari anda. Ia akan menjadikan dua barisan melintang.

6. Mulakan menggulung nasi tadi dari bahagian tiada ikan salmon dan avokado ke atah atas. Gunakan hamparan untuk menggulung. Tekan untuk mendapat gulungan padat.

7. Letakkan ikan tuna di atas gulungan tadi, balut dengan plastik pembalut makanan.

KeleBihAn KacaNg SOya


Protien kacang soya dapat disetarakan dengan dua kali protien daging,empat kali telur,empat kali gandum,lima kali atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protien kacang soya bukan sahaja tinggi,tetapi juga baik dari segi kualitinya
Jika sebelum ini masyarakat umum berpendapat bahawa protien haiwan memiliki kualiti yang baik dibandingkan dengan protien nabati, tetapi pendapat seperti iu sudah lapuk.Protien nabati kini mendapatkan prioriti utama.
Penyelidikan mengenai makanan berkhasiat, mendapati kacang soya memiliki beberapa kelebihan lain apabila ia dibandingkan dengan daging lembu. Anda boleh melihat senarai asid amino esensial dalam kacang soya. Senarai tersebut menunjukkan protien kacang soya bukan sahaja mempunyai kualiti yang lebih baik dari daging lembu tapi jumlahnya hampir dua kali ganda untuk setiap asid amino esensial.

Sudah jelas diketahui bahawa makanan yang berasal daripada haiwan akan menaikkan kolesterol darah,yang memungkinkan seseorang itu menderita pelbagai jenis penyakit. Dr Pottenger.Jr dan Dr Krohn dengan kerjasama 122 sukarelawan telah melakukan satu penyelidikan mengenai perkara ini.

Sukarelawan tersebut diminta untuk memakan makanan yang berkadar lemak tinggi,termasuk hati dan otak mentah, dimana keduanya sangat kaya dengan kolesterol. 99 orang diantaranya mengambil satu sudu lechitin kacang soya setiap kali makan dan 23 peserta lagi tidak mengambilnya. Hasilnya? Kadar kolseterol dalam darah turun pada 79 % daripada peserta yang mengambil lechitin kacang soya, sementara 23 yang lain iu tidak ada penurunan sama sekali! Minyak kacang soya pun mengandungi sitosterol,iaitu persenyawaan yang juga berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Wednesday, February 17, 2010

“KISAH PENJUAL TEMPE”

Bacalah....moga menjadi iktibar...


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun termanggu seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


MORAL CERITA INI:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Monday, February 15, 2010

Khasiat Tempe

Tempe berpotensi untuk digunakan melawan radikal bebas, sehingga dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes, kanker, dan lain-lain). Selain itu tempe juga mengandung zat antibakteria penyebab diarrhoea, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hypertension, dan lain-lain.Komposisi gizi tempe baik kadar protein, lemak, dan karbohidratnya tidak banyak berubah dibandingkan dengan soya/kedelai. Namun, kerana adanya enzim pencernaan yang dihasilkan oleh kapang tempe, maka protein, lemak, dan karbohidrat pada tempe menjadi lebih mudah dicerna di dalam tubuh dibandingkan yang terdapat dalam kedelai. Oleh karena itu, tempe sangat baik untuk diberikan kepada segala kelompok umur (dari bayi hingga lansia), sehingga bisa disebut sebagai makanan semua umur.Dibandingkan dengan suya/kedelai, terjadi beberapa hal yang menguntungkan daripada tempe. Secara kimia hal ini boleh dilihat dari peningkatan kadar padatan terlarut, nitrogen terlarut, asam amino bebas, asam lemak bebas, nilai cerna, nilai efisiensi protein, serta skor proteinnya.Beberapa penelitian menunjukkan bahwa zat gizi tempe lebih mudah dicerna, diserap, dan dimanfaatkan tubuh dibandingkan dengan yang ada dalam soya/kedelai. Ini telah dibuktikan pada bayi dan kanak-kanak penderita gizi buruk dan diarrhoea kronik.Dengan pemberian tempe, pertumbuhan berat badan penderita gizi buruk akan meningkat dan diarrhoea menjadi sembuh dalam waktu singkat. Pengolahan soya/kedelai menjadi tempe akan menurunkan kadar raffinosa dan stakiosa, yaitu suatu senyawa penyebab timbulnya gejala flatulensi (kembung perut).Mutu gizi tempe yang tinggi memungkinkan penambahan tempe untuk meningkatkan mutu serealia dan umbi-umbian. Hidangan makanan sehari-hari yang terdiri dari nasi, jagung, atau ubi akan meningkat mutu gizinya bila ditambah tempe.

Sepotong tempe goreng (50 gram) sudah cukup untuk meningkatkan mutu gizi 200g nasi. Bahan makanan campuran beras-tempe, jagung-tempe, ubi-tempe, dalam perbandingan 7:3, sudah cukup baik untuk diberikan kepada kanak-kanak.


Asam Lemak

Selama proses fermentasi tempe, terdapat tendensi adanya peningkatan derajat ketidakjenuhan terhadap lemak. Dengan demikian, asam lemak tidak jenuh majemuk (polyunsaturated fatty acids, PUFA) meningkat jumlahnya.Dalam proses itu asam palmitat dan asam linoleat sedikit mengalami penurunan, sedangkan kenaikan terjadi pada asam oleat dan linolenat (asam linolenat tidak terdapat pada soya/kedelai). Asam lemak tidak jenuh mempunyai efek penurunan terhadap kandungan kolesterol serum, sehingga dapat menetralkan efek negatif sterol di dalam tubuh.

Vitamin

Dua kelompok vitamin terdapat pada tempe, yaitu larut air (vitamin B kompleks) dan larut lemak (vitamin A, D, E, dan K). Tempe merupakan sumber vitamin B yang sangat potensial. Jenis vitamin yang terkandung dalam tempe antara lain vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), asam pantotenat, asam nikotinat (niasin), vitamin B6 (piridoksin), dan B12 (sianokobalamin).Vitamin B12 umumnya terdapat pada produk-produk hewani dan tidak dijumpai pada makanan nabati (sayuran, buah-buahan, dan biji-bijian), namun tempe mengandung vitamin B12 sehingga tempe menjadi satu-satunya sumber vitamin yang potensial dari bahan pangan nabati. Kenaikan kadar vitamin B12 paling mencolok pada pembuatan tempe; vitamin B12 aktivitasnya meningkat sampai 33 kali selama fermentasi dari kedelai, riboflavin naik sekitar 8-47 kali, piridoksin 4-14 kali, niasin 2-5 kali, biotin 2-3 kali, asam folat 4-5 kali, dan asam pantotenat 2 kali lipat. Vitamin ini tidak diproduksi oleh kapang tempe, tetapi oleh bakteri kontaminan seperti Klebsiella pneumoniae dan Citrobacter freundii.Kadar vitamin B12 dalam tempe berkisar antara 1,5 sampai 6,3 mikrogram per 100 gram tempe kering. Jumlah ini telah dapat mencukupi kebutuhan vitamin B12 seseorang per hari. Dengan adanya vitamin B12 pada tempe, para vegetarian tidak perlu merasa khawatir akan kekurangan vitamin B12, sepanjang mereka melibatkan tempe dalam menu hariannya.

Mineral

Tempe mengandung mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral besi, tembaga, dan zink berturut-turut adalah 9,39; 2,87; dan 8,05 mg setiap 100 g tempe.Kapang tempe dapat menghasilkan enzim fitase yang akan menguraikan asam fitat (yang mengikat beberapa mineral) menjadi fosfor dan inositol. Dengan terurainya asam fitat, mineral-mineral tertentu (seperti besi, kalsium, magnesium, dan zink) menjadi lebih tersedia untuk dimanfaatkan tubuh.

Antioksidan

Di dalam tempe juga ditemukan suatu zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, E, dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat dibutuhkan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.Dalam kedelai terdapat tiga jenis isoflavon, yaitu daidzein, glisitein, dan genistein. Pada tempe, di samping ketiga jenis isoflavon tersebut juga terdapat antioksidan faktor II (6,7,4-trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan dengan isoflavon dalam kedelai. Antioksidan ini disintesis pada saat terjadinya proses fermentasi kedelai menjadi tempe oleh bakteri Micrococcus luteus dan Coreyne bacterium.Penuaan (aging) dapat dihambat bila dalam makanan yang dikonsumsi sehari-hari mengandung antioksidan yang cukup. Karena tempe merupakan sumber antioksidan yang baik, konsumsinya dalam jumlah cukup secara teratur dapat mencegah terjadinya proses penuaan dini.Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Syarikat, mendapati bahawa genestein dan fitoestrogen yang terdapat dalam tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat dan payudara.

Khasiat Kacang

Banyak khasiat yang dapat diperolehi daripada makanan berasaskan kacang termasuk kacang soya. Antara khasiat kacang ialah;

Hilangkan tekanan darah tinggi


Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat sejak awal akan menimbulkan komplikasi terhadap pengidapnya dan boleh membawa maut. Cuba ikuti petua ini, mungkin ia boleh mengatasi masalah tekanan darah tinggi anda. Cara-caranya ialah gunakan 60 gram daun kacang serta rantingnya sekali. Rebus dengan air dan minumlah air rebusan tersebut. Satu lagi kaedah rawatan ialah ambil beberapa biji kacang dan rendamkan ia dengan cuka makan. Setiap pagi amalkan memakan 10 biji sehari.

Insomnia

Tidak mahu lagi terkebil-kebil di malam hari sedangkan suami di sebelah berdengkur Keletihan? Penyakit insomnia boleh menimbulkan kesan-kesan lain seperti kemurungan dan tekanan terutama sekali apabila berada di tempat kerja. Cara-cara merawatnya ialah dengan menggunakan 60 gram daun kacang bersama-sama rantingnya. Masukkan sedikit air kemudian hancurkan kesemuanya sehingga sebati. Makan 100ml sehari bahan-bahan yang telah dilumatkan tadi.

Mengurangkan penyakit bronkaitis kronik
Gunakan 60 gram kulit kacang yang menyaluti biji kacang. Kemudian campurkan dengan air dan rendamlah selama 10 jam dan kemudian toskan supaya anda mendapat airnya sahaja sebanyak 100ml. Tambahkan sedikit gula dan minumlah dua kali sehari.

Hilangkan batuk akibat asma dan kahak disertai darah

Pesakit asma mudah diserang batuk-batuk yang boleh mengakibatkan kesukaran bernafas. Untuk menghilangkan penyakit tersebut, ambil 30 gram kulit kacang dan 15 gram bunga lili. Kemudian direndam di dalam air semalaman. Minumlah air rendaman tersebut sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah cacing kerawit
Masalah kecacingan pada kanak-kanak yang tidak dirawat boleh mengakibatkan mereka kehilangan zat dan nutrien makanan yang sepatutnya diserap oleh tubuh mereka. Untuk merawatnya dapatkan minyak kacang yang segar. Untuk kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, minumlah minyak tersebut dengan sukatan sebanyak 60ml. Manakala bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas gunakan sukatan sebanyak 80ml.

Hilangkan cirit-birit

Gunakan 60 gram biji kacang, dan 30 gram kurma cina. Hancurkan bersama sedikit air dan tambahkan sedikit gula dan bolehlah dimakan sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah kekurangan susu badan
Bagi kaum ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mungkin sesetengah daripada kita mengalami masalah kekurangan susu badan. Untuk mengatasi masalah tersebut, ibu-ibu bolehlah amalkan meminum susu dan air soya. Di samping itu anda boleh juga mengamalkan cara ini. Ambil 100 gram biji kacang yang telah dibuang kulitnya dan ayam kampung. Masakkan dan tambahkan sedikit garam dan bolehlah dimakan bersama-sama nasi ataupun begitu sahaja.

Tambahkan tenaga akibat muntah berlebihan
Gunakan 60 gram biji kacang dan 30 gram kurma cina. Masukkan sedikit air serta tambahkan sedikit minyak kacang dan garam.

Pelancaran DANLIZA Enterprise


DANLIZA Enterprise telah mengadakan promosi dan pelancaran produk makanan dan minuman berasaskan daripada kacang soya. Produk-produk yang dihasilkan adalah;


  1. Tempe
  2. OR Crispy Tempe
  3. Spicy Crispy Tempe
  4. Tom Yam Crispy Tempe
  5. Nugget Tempe
  6. Crispy' N Choc' Tempe
  7. Black Pepper Tempe
  8. Air Soya
Kacang soya seperti yang diketahui merupakan sumber protein yang boleh digunakan selain daripada sumber protein yang lain dan ia mengandungi pelbagai vitamin dan sangat berkhasiat kepada manusia. Ramai yang tidak mengetahui yang sebenarnya kacang soya amat berkhasiat dan merupakan makanan tambahan yang dapat membantu mencegah penyakit-penyakit seperti penyakit kanser prostat dan payudara.

Syarikat kami membekalkan produk makanan dan minuman yang berasaskan kacang soya. Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Hanizah Hamdan (0135011050).